Powered By Blogger

Khamis, 6 Mac 2014

KERAJAAN TIDAK MEMINGGIR MASYARAKAT LUAR BANDAR

Kami dah terlalu puas mendengar luahan hati rakyat yang terlalu "tamak" menginginkan kemajuan. Memang benar kemajuan itu penting bagi sesebuah kawasan. Walaubagaimana pun, adakah kita sedar, segala kemudahan yang ada adalah usaha berterusan pihak kerajaan yang sedia ada.

Sedarkah?

Betul lafaz syukur itu selalu dituturkan, tetapi sejauh manakah kita memahami maksud perkataan syukur itu.

Hanya di bibir sahaja?


BANGUNAN BELUM DI NAIK TARAF
PENDIDIKAN DI SEKOLAH DI NAIK TARAF

Kerajaan tidak lupa menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dan keperluan. Terutama sekali, kerajaan sangat mementingkan pendidikan kanak-kanak. Sekolah di dirikan dan guru-guru terlatih di tempatkan di kawasan tersebut.

Terdapat sesetengah kawasan yang merungut tentang kedaifan dan kerosakan bangunan sekolah tetapi, kerajaan tidak pernah melupakan peruntukan untuk membaik pulih. Tetapi tidak sedarkah anda  bahawa sebaliknya, kerajaan telah cuba untuk menaiktarafkan pendidikan dan pasarana penduduk luar bandar.

BANGUNAN SEKOLAH

Kita seharusnya berkerjasama dan bergandingan bahu dalam merealisasikan dasar-dasar kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Bukannya hanya tahu menunding jari dan menyalahkan kerajaan.  Segala kemudahan yang kita nikmati sekarang adalah hasil usaha dan sumbangan yang dilakukan oleh kerajaan. Sebagai masyarakat tanggungjawab besar untuk menjayakan misi dan visi kerajaan selaras dengan arus pembangunan yang pesat.

JANGAN HANYA PANDAI MENGKRITIK, TANYA PADA DIRI KITA, APAKAH SUMBANGAN KITA PADA NEGARA.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan